Pages

Sunday, March 4, 2012

Soal Jawab remeh temeh tentang ZAKAT tapi anda malu bertanya




Masyarakat umum sering keliru bagaimana hendak mengeluarkan zakat?. Bila perlu dikeluarkan?. Kalau dah bayar cukai pendapatan, apakah perlu bayar zakat lagi?. Apa perbezaan antara zakat dan sedekah?. Bolehkah mengeluarkan zakat kepada keluarga sendiri yang fakir miskin?. Berapa amaun minimum duit bank yang perlu dikeluarkan zakat? Berapa yang perlu dikeluarkan? Bagaimana pula dengan emas yang dipakai hingga ke siku? .

Ini sebahagian persoalan yang sering menerobos minda masyarakat umum. Soalan itu nampak remeh-temeh tetapi ramai yang tidak pasti jawapannya secara tepat. Buku ini lain dari yang lain. Ia menangani masalah remeh-temeh tentang zakat yang ramai orang tidak tahu tapi malu untuk bertanya. Soalan-soalan yang pelik juga ditangani. Antaranya : Boleh tak guna duit zakat untuk kahwin? Perusahan madu lebah kena zakat atau tidak? Boleh ke anak minta duit zakat dari bapa yang kaya? orang lelaki pakai emas kena zakat ke tak?

Buku ini juga menghurai tentang sedekah. Bolehkah anda menjawab soalan ini : Apakah derma darah juga dikira sedekah? Sahkah sedekahkan seluar pendek? Betulkah air dan garam juga boleh disedekahkan?

Yang penting zakat membersihkan harta anda. Allah S.W.T memberi lipah kurnia yang bertimbung-timbun supaya rezeki anda lebih murah. Cungkillah rahsianya di dalam buku ini.!!

Harga :RM16.90 (semenanjung)/ RM18.90 (sabah&sarawak)
Penerbit : Telaga Biru
Penulis : Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

FIQAH MUALLAF Antara Tuntutan & Keutamaan



Buku Fiqah Muallaf ini mencungkil secara detail dan terperinci masalah yang dihadapi oleh para muallaf serta mencadangkan jalan penyelesaian terutama yang berkaitan dengan hukum fiqah dan amalan seharian.

Buku ini bukan sahaja sangat bermanfaat kepada para muallaf untuk meningkatkan keyakinan dan kefahaman mereka malah amat bermanfaat bagi seluruh umat Islam untuk melihat betapa mudahnya ajaran agama Islam itu dan sekali-kali tidak pernah memberati umatnya.

sesungguhnya muallaf merupakan golongan yang sangat bertuah kerana mereka diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk mengenali Islam dan menerima petunjukserta telah diberi hidayah dari-NYA. hal ini kerana telah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh muallaf demi agama ALLAH SWT.

penulis Mohammad Nidzam Abd Kadir

Soal Jawab remeh temeh tentang ISU SEMASA tapi anda malu bertanya

banyak ISU SEMASA yang tidak difahami oleh masyarakat kita hari ini. sedangkan isu ini melibatkan hukum hukum syariat. hukum hakam pula dari banyak segi, aliran mazhab dan pendekatan semasa. pengarang mengambil jalan paling rasional dalam mengemukakan hukum yang seswai dengan konteks masyarakat setempat.

isu yang tersorot termasuklah bsoal akidah, ajaran kurafat dan sesat, perayaan, perbezaan mazhab, kes murtad dan banyak lagi.termasuklah kes nikah kahwin serta perhubungan bermasyarakat.

penulis ustazah nur bahyah mahamood
ustaz mohammad nidzam abdul kadir.

Soal Jawab A-Z tentang MUNAKAHAT tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya...


Buku ini berkisar tentang soal jawab munakahat yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Turut disertakan penerangan yang mudah difahami, terperinci dan menyeluruh.


Kepada calon-calon suami dan isteri, buku ini amat sesuai untuk dimiliki sebagai mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan agar bahtera yang dinaiki, tidak terpesong dari arah tujuan yang sebenar walaupun dilanda badai atau karam di tengah lautan.


Diharapkan buku yang disampaikan dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami ini mendatangkan manfaat yang besar kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah buku ini sebagai bahan bacaan dan rujukan serta bahan kuliah untuk dibaca selepas solat berjemaah atau di dalam usrah dan tazkirah keluarga. Buku ini juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah majlis pertunangan, perkahwinan dan hari ulang tahun.